Nuffnang

1Family Going To Theatre-Its Transformer

26th June 2009-Menonton Tranformer:Revenge of the Fallen Di Cineplex

Pada 26 June 2009, semua ahli 1Family kecuali Mommy pergi menonton filem terbaru yang tengah hangat iaitu Transformers :Revenge Of The Fallen. Pada mulanya kami bercadang untuk menonton di CINEPLEX yang terletak di Springs (Ingat ada Cineplex).

Memandangkan masa kami pergi itu jam 1.00 tengahari memang masa untuk makan tengahari jadi kamipun bercadang untuk makan di Singapore Chicken Rice di Kota Sentosa (Saya lebih biasa dengan memanggil Kota Sentosa dengan Pekan Batu 7) tetapi setibanya di sana kami dapati meja semua dah penuh, jadi kami telah makan tengahari di Kedai makan bersebelahan iaitu MASS CAFE & CATERING.




Kelihatan Leonnard dan Marvin sedang berbincang tentang makanan yang hendak di pesan. Makanan apa yang sedap?



Nicole Helena kelihatan begitu kecewa kerana di MASS CAFE tiada mee goreng basah kegemarannya !



Kelihatan Nasi Beriani ayam yang dipesan oleh daddy! Nampak menyelerakan serta lain daripada Nasi Beriani yang dijual di Kedai mamak...
Sementara menunggu pesanannya Olivero Manding bermain dengan CANON digital camera! Ambil gambar apa itu Olivero?
Marvin Ningkan sedang menikmati Nasi Goreng pattaya kegemarannya!




Oleh kerana MASS CAFE tida ada menjual mee goreng basah kegemarannya maka Kenneth Bugak terpaksa membeli French Fries dari kedai makan SCR bersebelahan!

Setelah habis makan tengahari kamipun bertolak ke arah Bandaraya Kuching menuju ke Springs Supermarket.
On the way ke Springs, setelah melihat iklan yang ada di Borneo Post didapati tiada iklan tentang Cineplex di Springs, jadi kamipun menukar haluan ke Cineplex yang terletak di Majestic. Kami telah sampai di panggung Wayang pada jam 2.25 petang, Just nice!
Daddy pun berbaris untuk membeli tiket. Tiada berapa ramai orang yang membeli tiket. Di depan daddy lebih kurang ada 5 orang sahaja..Ada can dapat tempat di tengah-tengah kata daddy!



Kelihatan tiket yang dibeli (1 tiket terkeluar daripada N70 daddy). Semua tiket berharga RM9.00 X 6 =RM 54! Janji hati puas kata Marvin Ningkan...

Leonnard tengah berfikir tentang makanan yang akan dibawa ke panggung

Tidak dibenarkan bawa makanan sendiri jadi terpaksalah beli di panggung :-




  • Mineral water kecil -RM2.00 sebotol!

  • Pop Corn kecil (saty genggam aje) -RM 2.20!

Lain-lain makanan (snack) dijual pada kadar 100% lebih tinggi daripada kedai biasa!








Olivero dan Nicole sempat berposing di depan poster Transformerws yang akan ditayangkan sebentar lagi.
Poster yang terletak di pintu masuk panggung...look scary dengan bouncer yang bagi amaran bahawa membuat rakaman (apa sahaja jenis rakaman) tidak dibenarkan semasa sedang menonton, jadi tidak dapat ambil gambar tentang apa yang berlaku di dalam panggung!

Setelah membeli tiket dan snack, kamipun masuk ke panggung. Walaupun kami dapat tiket untuk Hall 1, tiklet deret D no 6,7,8,9,10 & 11, tetapi kami telah diarahkan untuk masuk Hall 2. Setibanya kami di dalam panggung, suasana nampak tenang dan masih banyak lagi tempat kosong. Jadi kamipun pilih kerusi G kebelakang sedikit dari D, kira okaylah kepala tidak berapa mendongak sangat, jadi tidak adalah tengkok rasa sakit sangat nanti.
Setelah mengambil tempat duduk di kerusi G, kelihatan beberapa orang penonton masih masuk lagi. Jadi untuk mengelak dari kena halau, daddypun membawa kita untuk duduk do deret D...tapi tiada bertanda! Setelah beberapa lama duduk di deret D, kelihatan panggung masih kosong dan tempat duduk di deret G yang kami telah duduki tadi masih kosong, maka daddy telah mengajak kita kembali ke deret G semula!
Tepat jam 2.45 petang, filempun bermula. Semasa di dalam panggung macam-macam karenah daripada Olovero dan Nicole. Mula-mula Nicole mengadu sejuk! Lain kali pakai baju yang bersesuaian ketika di panggung! Lepas itu dia mengadu mahu pergi ke toilet, sampai dua kali dia mahu pergi ke toilet. kali pertama daddy yang temankan dan kali kedua selepas lebih kurang 3/4 (3 suku) cerita ditayangkan!
Olivero pula selepas lebihkurang 11/2 jam cerita ditayangkan, beliau mengadu bahawa dia rasa mengantuk serta mahu pulang...satu gangguan lagi.
Tayangan tamat pada jam lebih kurang 5.15 petang iaitu lebih kurang selama 2 jam 30 minit. Tanpa membuang masa kamipun bergegas pulang. Hati puas menonton dengan sound system serta screen yang luas kalau dibandingkan dengan menonton di rumah. Tetapi badan rasa sakit-sakit kerana tempat duduk panggung yang tidak ergonomik..atau layman term tidak user friendly serta sangat sempit!


Ulasan Cerita Transformers : Revenge Of The Fallen
Filem ini mengisahkan pertarungan organisma robot raksasa yang boleh berubah bentuk. Telah berlaku sesuatu kepada Sam Witwicky (lakonan Shia LaBeouf) pada hari beliau ke kolej dan kejadian itu telah mengubah lanskap rumahnya sekali lagi. Anda akan terhibur dengan melihat bagaimana teknologi komputer dapat menghidupkan robot-robot ini dan kagum dengan kelicikan mereka menggabungkan filem, animasi, manusia, hutan, bandar, angkasa lepas dan Megan Fox.
Ulasan saya :
  • Antara scene yang menarik untuk diperkatakan oleh seorang lelaki adalah scene Megan Fox berlari sambil memakai tube. Ya, ketika ini kamera sedang slow motion.

  • Movie kali ni lagi best berbanding dengan sebelum ni dari segala sudut. serius best. super best. gile gile gile best.

  • Kali ni, aksi bergaduh robot adalah lebih real dan syiok berbanding sebelum ni yang agak bersopan santun dan berbudi pekerti mulia.

  • Darah adalah merata-rata disebabkan oleh luka tangan robot terputus, kaki robot tercabut dan kepala robot hancur tapi darah tu semua diganti dengan minyak.

  • Ya, kali ni lebih lawak berbanding sebelum ni.

  • Kali ni Optimus Prime bergaduh dan berupaya untuk membunuh! Hebat kan? Kalo sebelum ni nampak Optimus Prime nak picit semut pon malu-malu.

  • Bumblebee jugak lebih masculine . Benar, kali ni dia lebih aksi, lebih manja, lebih berperasaan, lebih lucu dan lebih gagah! Huriaa !!

  • Filem ni lama hampir 2 jam setengah. Tapi disebabkan best sangat filem ni, aku tak sedar pon masa berlalu.

  • Robot-robot kali ni lebih kejam dan lebih sadis .

Saya syorkan anda menonton filem ini secepat mungkin dan rasakan keseronokannya dari pertengahan filem sampai habis. (Permulaan filem ini agak ringan dan bosan pada babak-babak awal melainkan jika anda peminat Megan Fox).

Daripada 11 bintang, saya beri 13!
Selamat menonton kepada yang lain!
Updated By : Kenneth Bugak

A Must Visit Places

Related Posts with Thumbnails